Tuesday 17 September 2013

rasa nak nangis lah............

hari tak selalu hujan
namun mengapa aku masih menangis
mengapa jiwaku letih
tangisku tak di dengar
aku tahu Dia ada melihat aku
namun aku yang layu di pohaon harapan
merasakan doaku seakan kabur
Ya Allah ampuni aku
atas raguku
terimalah doaku
lihatlah tangisku
jangan biarku putus asa
atas ujian yang kau duga
hanya dihadapmu ku pohon.............

Saturday 14 September 2013

......history sebuah cinta............



Hari ini ku sedar silapku,
Ia  berlalu namun enggan pudar dari ingatan,
Aku juga tak sempurna,
 Mengejar cinta sang pria,
Aku bagai insan gila,
Yang mengejar bahagia,
Yang menjanji derita,
Memang bukan dia pemilikku yang hak ,
Memang bukan dia pencinta yang mutlak,
Namun akulah yang silap
Kerana mempercayai separuh jiwa
Pada awalnya ku rasa
Cintaku itu seindah singgahsana syurga,
Sewangi  haruman bunga.,
Semerdu nyanyian lagu,
Namun ia tidak seindah mana,
Apabila hati ini terus diluka,
Bodohnya aku kerana percaya
Bahawa tiada luka dalam cinta
Kini ku temui pemilikku yang hak
Pencintaku yang mutlak
Dialah jua yang berhak
atas setiap degup nafas
 Dia penciptaku
Yang duanya tiada
Dialah Allah 
,tuhan yang satu
Saat ini ku sedar
bahawa manisnya mencintai Dia
Hingga ku izinkan nyawaku untuk bertemu Dia

Wednesday 11 September 2013

biarkan hati ini terus merindu
dalam diam ku tersedu sedu
mengharap engkau setia padaku 
sedang kau hanya sang peneman tak berlagu

mengapa hati ini terus menunggu 
sedang kau memang tercipta bukan untukku
mengapa denyut jantungku menyata namamu
sedang kau bukan pemilik mutlakku