Saturday 14 September 2013

......history sebuah cinta............



Hari ini ku sedar silapku,
Ia  berlalu namun enggan pudar dari ingatan,
Aku juga tak sempurna,
 Mengejar cinta sang pria,
Aku bagai insan gila,
Yang mengejar bahagia,
Yang menjanji derita,
Memang bukan dia pemilikku yang hak ,
Memang bukan dia pencinta yang mutlak,
Namun akulah yang silap
Kerana mempercayai separuh jiwa
Pada awalnya ku rasa
Cintaku itu seindah singgahsana syurga,
Sewangi  haruman bunga.,
Semerdu nyanyian lagu,
Namun ia tidak seindah mana,
Apabila hati ini terus diluka,
Bodohnya aku kerana percaya
Bahawa tiada luka dalam cinta
Kini ku temui pemilikku yang hak
Pencintaku yang mutlak
Dialah jua yang berhak
atas setiap degup nafas
 Dia penciptaku
Yang duanya tiada
Dialah Allah 
,tuhan yang satu
Saat ini ku sedar
bahawa manisnya mencintai Dia
Hingga ku izinkan nyawaku untuk bertemu Dia

No comments: