Wednesday, 20 November 2013

cikgu ku sayang

assalamualaikum.....
dah lama tak berblog sbb terlalu sibuk
nak kongsi satu puisi untuk guru BM saya yang tercinta.....
****HAJAH SAPINAH BT HAJI SAID****


hai guruku tercinta
setiap bait bicara yang kau dendangkan
akan ku peluk takkan dilepas
apa yang kau katakan
bagai halwa telingaku
walau tengkingmu dilihat tragis
pada pandangan insan lain
namun padaku
kau adalah insan yang sedang memberi
luahan lava yang kau hamburkan
bukti sayang mu
bukan pula bencimu
saat itu ku melihat dirimu pada sisi yang lain
sisi seorang bonda


hai guru tercinta
jika masih kau ingat
tika aku didenda olehmu
hanya kerana terlewat
engkau tidak menghukumku dengan kasar
hanya menegur dan mengarahku
mengutip kelikir di luar kelas
saat itu aku ketawa
namun dalam diam ku berfikir 
apa guna tingkah mu ini
ya..
benar telahanku
engkau mendidik diri
agar sedar kesalahanku
dan bagiku
takkan ku ulang silapku



hai guru tercinta
hari ini ingin ku nyata
bahawa aku bear bangga
dapat menuntut
titisan ilmu
dari dirimu

No comments: